Probio-Tea | Kombucha

APA ITU PROBIO-TEA?

_ Probio-Tea adalah sejenis minuman yang dikenali dengan nama Kombucha. Minuman tradisional berkarbonat ini diseduh secara tradisional dengan Teh Hitam dan gula tebu, mengandungi vitamin serta bakteria dan yis yang bermanfaat. Ia juga menghasilkan asid yang sihat yang dapat membantu badan mengembalikan keseimbangannya.

APA KANDUNGAN YANG TERDAPAT DI DALAM PROBIO-TEA?

SCOBY: Symbiotic Culture Of Bacteria and Yeast; 'Mother Culture'.
Cecair pemula: Teh Kombucha yang telah matang.
Larutan nutirisi: Bancuhan teh Hitam.
Perisa: Jus buah-buahan sebenar (cold pressed)

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI PROBIO-TEA ANDA 'SIHAT'?

Perhatikan 5 perkara mudah di bawah ini:
1) Bau teh Kombucha, iaitu sejenis aroma seperti bau cuka menunjukkan asid asetik sedang terbentuk.
2) Pertumbuhan SCOBY, Scoby baru tumbuh secara beransur-ansur di bahagian atas minuman (culture sediments).
3) Aktiviti yis sedang berlaku, iaitu karbonasi dan pembentukan kepingan yis menunjukkan keseimbangan yang sihat di dalam Probio-Tea.
4) Pencerahan warna; secara beransur-ansur minuman menjadi lebih jernih kerana teh dan gula ditukar menjadi asid dan elemen-elemen lain yang berkhasiat.
5) PH pelindung; PH yang rendah menghalang mikroorganisma berbahaya daripada menyerang Probio-Tea dari menjadikan ianya tercemar untuk diminum.

APAKAH KEBAIKAN PROBIO-TEA?


Ia hanyalah sejenis minuman yang mengandungi probiotik dan beberapa jenis makro nutrien lain. Tetapi seperti kebanyakan makanan yang ditapai dan diperam, mereka yang mula mengamalkan minuman kombucha mengakui;

1) membantu dalam detoksifikasi.
2) meningkatkan imuniti
3) meningkatkan tenaga
4) meningkatkan penyerapan nutrien dan memperbaiki sistem perkumuhan.
5) mempebaiki kondisi kesihatan usus.
6) membantu mengurangi keradangan dan perbaiki tisu penghubung.